Tips Kurus dengan Sihat

Friday, September 21, 2018, 12:59 PM | 1 Comment »

Bismillah, Okay entry kali ini akan membincangkan tentang Kaedah Diet hanya dengan Melihat Kadar Portion mengikut Tangan Kita.

Diet dan Penjagaan makanan tidak mudah untuk dilakukan, lebih-lebih lagi jika kita ada masalah berat. Kali ini jom kita sama-sama ketahui Portion yang betul untuk penjagaan diet Harian kita.

KAWAL KALORI SAIZ MAKANAN DENGAN TANGAN

Kawal Kalori Makanan Dengan Saiz Tangan

Pengawalan Kalori Yang Teratur dan Seimbang merupakan Sasaran kita apabila sedang di dalam Program.

Tapi kita terkadang sering juga kita tersilap dalam pengawalan Portion dan Jumlah pengambilan makanan kita..

Cara yang lebih mudah ada di 'Tangan' Kita Masing-masing...dengan ini kita boleh mengawal kadar dan saiz makanan dengan lebih Mudah.

(Sayur-Sayuran)
Untuk melengkapkan Fiber kita Tadah Tangan, Itulah keperluan serat yang minima kita.

(Karbohidrat)
Karbohidrat pula ikut penumbuk kiri kita. Jumlah Nasi, Roti dan Ubian juga mengikut Jumlah ini pada Aktiviti Biasa. Harus di ingat Diet kita hendaklah mengandungi sumber ini kerana Karbohidrat adalah Bahan Bakar dan Sumber Penghasilan Tenaga Utama untuk Badan.

(Protein)
Keperluan Protein juga menjadi salah satu sumber yang paling penting untuk di lengkapkan bagi memastikan tiada penurunan Otot dan Bantu Kestabilan Hormon ketika Program Turun Berat. Pengambilan yang betul akan membantu metabolisma Badan. Harus di ingat Protein yang lebih sihat adalah dari Kalangan Daging Putih dan Tidak Di goreng. Saiz yang di cadangkan Adalah Besar Tapak Tangan Anda satu Hidangan Makanan.

(Buah-Buahan)
Sebagai 'Snek Sihat' dan Sumber 'Fiber' Buah-Buahan memainkan peranan yang penting membantu pencernaan dan Sumber Vitamin. Kadar yang salah dalam pengambilan Buah Buahan akan menaikkan Berat Badan atau tidak menurunkan Berat Badan. Kadar yang Betul Adalah sebesar Penumbuk Kanan kita satu hidangan.

(Lemak Sihat)
Keperluan 'Lemak Sihat' Seperti Omega 3 Fish Oil, Minyak Zaitun, Kekacang dan Lain Lain, amatlah penting bagi memastikan Lemak Jahat(LDL) dan Kolesterol dalam badan berada dalam Julat yang Normal. Pengambilan yang betul akan membantu penurunan Lemak Organ, kesan perut makin kempis, kulit makin licin. Pengambilan yang Betul adalah Satu Sudu Kecil atau Sebesar Ibu Jari kita tanpa di goreng mahupun di panaskan. Harus di ingat Lemak Sihat pun mengandungi Kalori, jangan ambil lebih.

 

Dan Yang Terakhir, Makanlah Portion ini semua mengikut 'Tangan' Kita, bukan 'Tangan Orang Lain. Selamat Beramal.😆😆😆

 Jika ada yang berminat untuk menurunkan berat badan secara sihat dan berkesan, kami ada menjalankan Coaching Online untuk Penurunan Berat badan, Sertai #ProgramCabaranKurusOnline21hari, Full Coaching akan Diberikan Sehingga Kurus. 

Sertai #ProgramCabaranKurusOnline21hari, Formula Mudah Terbukti Secara Saintifik, Untuk Penurunan Berat Yang Konsisten Sehingga Ideal 


Wednesday, August 23, 2017, 03:24 PM | 1 Comment »

Bismillah, Okay entry kali ini Khas untuk orang yang Suka bersenam, Adakah penting untuk kekal Terhidrasi ketika bersenam?

Senaman merupakan suatu Aktiviti yang sangat bagus untuk membantu kesihatan badan dan pembakar kalori badan. Kesan dari Senaman yang bagus akan memberi kesan-kesan Positif jangka masa panjang dan sangat Efektif dalam penjagaan Berat badan, mengekalkan Bentuk badan dan Penuaan yang Sihat.

Sebelum kita pergi lebih lanjut dalam topik ini. Jom fahami bersama apa yang berlaku kepada badan kita sewaktu kita exercize.

Semasa bersenam, kita akan melakukan banyak pergerakan, hasil dari pergerakan ini, Kadar Degupan Jantung(Heart Rate) akan bertambah, Aliran darah akan menjadi semakin laju, seterusnya badan akan menjadi panas, Suhu Badan bertambah dan kita akan mula berpeluh, semakin cepat kita berpeluh menandakan semakin kurang efektif senaman yang kita akan jalankan.

Oleh itu, untuk mengurangkan kadar masa perpeluhan, badan amat memerlukan makanan yang rendah kalori dan sihat 2 jam sebelum exercize, dan 30 minit sebelum Exercize badan memerlukan Karbohidrat dan Sedikit Cafein sihat untuk melonjakkan Tenaga dari mulanya Senaman. 

So nak makan ape sebelum Exercize ni Coach? tungguu Next post Coach Cerita Makanan apa yang Best makan 2 jam dan 30 minit sebelum Senaman.

Okay, jom teruskan...apabila badan kita Mula Berpeluh, dan peluh mula keluar dengan banyaknya, kita akan banyak kehilangan tenaga, Garam Mineral Sodium, Magnesium dll. Kesannya kita akan mula rasa dehidrasi, Senaman menjadi Kurang Intensif, semakin perlahan dan kurang semangat. Selepas itu, Asid Laktik mula terkumpul pada Otot dan kita mula malas Exercize.

Badan menjadi Sejuk dan Suhu badan Mula menurun, masa ni rasa tak mahu buat dah Senaman, terus berhenti, sangatlah rugi, kerana Target kita adalah memecahkan kebiasaan badan kita dan Improve Fitness kita. Rehat yang bagus adalah kurang 60 saat.

Semasa keadaan ini berlaku, benda yang badan kita amat perlukan adalah Air untuk kekal terhidrasi, dan lebih bagus jika Air tersebut mengandungi Karbohidrat dan Garam Mineral, kalau Coach, Time Exercize ni paling Best Setakat ini, Coach guna Produk CR7 Drive ni, Selain sedap dengan Perasa 'Acai Berry', Produk ini di reka Khas untuk Cristiano Ronaldo untuk tujuan Hidrasi ketika menjalani aktiviti Fizikal. Jadi, bila minum CR7 Drive ni rasa bangga je minum minuman Sports Atlet paling 'Fit' di dunia. 

Kelebihan Product CR7 Drive ini, ia mengandungi 4 Jenis Karbohidrat dan sangat tinggi garam Mineral Seperti Sodium dan Magnesium, time kita berpeluh kan, peluh tu akan mengeluarkan banyak sodium dan magnesium, itu sebab kita jadi penat, dengan minum ni, memang terus 'boost' rasa 'energy'.

Oh lupe nak cite, apa maksud 4 jenis karbohidrat ni, badan manusia sensitif kepada beberapa jenis karbohidrat atau gula, dan setiap jenis gula tu ada 'Channel' dia masing-masing macam mana nak masuk dalam darah kita. Yang bestnya dalam CR7 Drive tu nilah, ade backup 'energy' support, kalao tak boleh Jalan 'A', jalan 'B' masuk, kalau jalan 'B' tak boleh, so masuk jalan 'C', kalau jalan 'C' pun x boleh, jalan risau kita masih ada 'D', so memg highly Energize badan kita semasa exercize. So bolehlah kita exercize lebih lama dan teruskan Exercize kita.

Jika badan kita penat, kurang tenaga dan kurang garam mineral akibat daripada Senaman, tapi kita masih meneruskan Senaman, besar kemungkinan yang akan berlaku adalah kecederaan pada otot dan tisu. Lebih-lebih lagi kesan keterlaluan Senaman boleh menyebabkan kita susah Turun Berat badan. 

Jika ada yang berminat untuk menurunkan berat badan secara sihat dan berkesan, kami ada menjalankan Coaching Online untuk Penurunan Berat badan, Sertai #ProgramCabaranKurusOnline21hari, Full Coaching akan Diberikan Sehingga Kurus. 

Sertai #ProgramCabaranKurusOnline21hari, Formula Mudah Terbukti Secara Saintifik, Untuk Penurunan Berat Yang Konsisten Sehingga Ideal


Copyright ©2017 Coach Kurus Online, All Rights Reserved.
Hit counter: 338
free website
built with
kopage