Bismillah, Okay entry kali ini akan membincangkan tentang Kaedah Diet hanya dengan Melihat Kadar Portion mengikut Tangan Kita.
Diet dan Penjagaan makanan tidak mudah untuk dilakukan, lebih-lebih lagi jika kita ada masalah berat. Kali ini jom kita sama-sama ketahui Portion yang betul untuk penjagaan diet Harian kita.
KAWAL KALORI SAIZ MAKANAN DENGAN TANGAN
Pengawalan Kalori Yang Teratur dan Seimbang merupakan Sasaran kita apabila sedang di dalam Program.
Tapi kita terkadang sering juga kita tersilap dalam pengawalan Portion dan Jumlah pengambilan makanan kita..
Cara yang lebih mudah ada di 'Tangan' Kita Masing-masing...dengan ini kita boleh mengawal kadar dan saiz makanan dengan lebih Mudah.
(Sayur-Sayuran)
Untuk melengkapkan Fiber kita Tadah Tangan, Itulah keperluan serat yang minima kita.
(Karbohidrat)
Karbohidrat pula ikut penumbuk kiri kita. Jumlah Nasi, Roti dan Ubian juga mengikut Jumlah ini pada Aktiviti Biasa. Harus di ingat Diet kita hendaklah mengandungi sumber ini kerana Karbohidrat adalah Bahan Bakar dan Sumber Penghasilan Tenaga Utama untuk Badan.
(Protein)
Keperluan Protein juga menjadi salah satu sumber yang paling penting untuk di lengkapkan bagi memastikan tiada penurunan Otot dan Bantu Kestabilan Hormon ketika Program Turun Berat. Pengambilan yang betul akan membantu metabolisma Badan. Harus di ingat Protein yang lebih sihat adalah dari Kalangan Daging Putih dan Tidak Di goreng. Saiz yang di cadangkan Adalah Besar Tapak Tangan Anda satu Hidangan Makanan.
(Buah-Buahan)
Sebagai 'Snek Sihat' dan Sumber 'Fiber' Buah-Buahan memainkan peranan yang penting membantu pencernaan dan Sumber Vitamin. Kadar yang salah dalam pengambilan Buah Buahan akan menaikkan Berat Badan atau tidak menurunkan Berat Badan. Kadar yang Betul Adalah sebesar Penumbuk Kanan kita satu hidangan.
(Lemak Sihat)
Keperluan 'Lemak Sihat' Seperti Omega 3 Fish Oil, Minyak Zaitun, Kekacang dan Lain Lain, amatlah penting bagi memastikan Lemak Jahat(LDL) dan Kolesterol dalam badan berada dalam Julat yang Normal. Pengambilan yang betul akan membantu penurunan Lemak Organ, kesan perut makin kempis, kulit makin licin. Pengambilan yang Betul adalah Satu Sudu Kecil atau Sebesar Ibu Jari kita tanpa di goreng mahupun di panaskan. Harus di ingat Lemak Sihat pun mengandungi Kalori, jangan ambil lebih.
Dan Yang Terakhir, Makanlah Portion ini semua mengikut 'Tangan' Kita, bukan 'Tangan Orang Lain. Selamat Beramal.😆😆😆
Jika ada yang berminat untuk menurunkan berat badan secara sihat dan berkesan, kami ada menjalankan Coaching Online untuk Penurunan Berat badan, Sertai #ProgramCabaranKurusOnline21hari, Full Coaching akan Diberikan Sehingga Kurus.